Assalamualaikum semua, harini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang apa yang telah saya pelajari di dalam kelas KPS3013 iaitu Pengurusan pembelajaran. terdapat 3 teori sosiologi yang utama iaitu :
- Fungsionalisme
- Konflik
- Interaksionisme Simbolik
Fungsionalisme - ia membawa kepada perlakuan sosial yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat boleh diibaratkan seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsinya yang tersendiri mengikut tujuan dan keperluan tertentu.
Konflik - ianya bertujuan untuk menganalisis konflik yang berlaku dalam masyarakat. selain itu juga, ia bertujuan untuk mengkritik tentang kapitalisme serta merungkai persoalan sama ada struktur-struktur masyarakat seperti pendidikan,ekonomi,politik, agama dan sosial dapat membawa kesejahteraan kepada manusia ataupun sebaliknya.
Interaksionisme Simbolik - ianya membawa maksud bagaimana seseorang itu dapat bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Selain itu juga, ia bertujuan untuk mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
No comments:
Post a Comment