Sunday, 7 October 2018

KONSEP SOSIALISASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pada post kali ini saya akan berkongsi sedikit ilmu yang telah saya dapat daripada pensyarah saya iaitu Dr. Uzi Bin Mohd Dollah. saya ingin memberi nota ringkas tentang Konsep Sosialisasi. 

Apa itu konsep sosialisasi? konsep ini adalah salah satu proses untuk mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Konsep ini merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 

 Teori Sosialisasi ini memberi perhatian kepada 3 bahagian iaitu :

a) Perkembangan kognitif 
b) Pemerolehan moral
c) Perkembangan kemahiran sosial


Selain itu, Sosiolisasi juga mempunyai 3 jenis iaitu : 

1) Primer
2) Sekunder
3) Resosialisasi

Jenis yang pertama adalah sosialisasi permulaan - ianya berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa. 

Jenis yang kedua ialah sekunder- sosiolisasi sekunder ialah proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga). Proses ini menentukan  bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, sekolah dan sebagainya.  Individu ini  akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya. 

setakat ini sahaja dahulu post saya kali ini, diharapkan semua pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang apa yang ditulis, 
sekian terima kasih.

TEORI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum semua, harini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang apa yang telah saya pelajari di dalam kelas KPS3013 iaitu Pengurusan pembelajaran. terdapat 3 teori sosiologi yang utama iaitu :
  • Fungsionalisme
  • Konflik
  • Interaksionisme Simbolik
Fungsionalisme - ia membawa kepada perlakuan sosial yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat boleh diibaratkan seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsinya yang tersendiri mengikut tujuan dan keperluan tertentu. 


Konflik - ianya bertujuan untuk menganalisis konflik yang berlaku dalam masyarakat. selain itu juga, ia bertujuan untuk mengkritik tentang kapitalisme serta merungkai persoalan sama ada struktur-struktur masyarakat seperti pendidikan,ekonomi,politik, agama dan sosial dapat membawa kesejahteraan kepada manusia ataupun sebaliknya. 


Interaksionisme Simbolik - ianya membawa maksud bagaimana seseorang itu dapat bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Selain itu juga, ia bertujuan untuk mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif  dan bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.